Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mazlan, Wirna rangkul Kejuaraan Petanque BDPF

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Mazlan bin Haji Yahya dan Wirna bin Haji Mohammad Yassin berjaya memenangi kategori terbuka beregu lelaki Kejuaraan Petanque Bulanan Persekutuan Darussalam Petanque Brunei (BDPF) di Gelanggang Petanque, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

    Pasangan tersebut menewaskan Ahmad Yaini bin Haji Saini dan Haji Zulkapali bin Haji Yahya, selaku naib juara dengan tewas 13-2 di final.

    Gandingan Masli bin Haji Mohd Said dan Zunaidi bin Haji Md Ali dan pasangan Hamidun bin Haji Abdul Hamid dan Haji Sahmedeyn bin Haji Kahar berkongsi di tempat ketiga.

    Manakala pasangan Angelyna Vera Jude dan Khairul Bariyah menjuarai kategori terbuka bagi beregu wanita dan diikuti dengan pasangan Mulsinah Haji Amran dan Surtini binti Haji Abidin meraih tempat kedua.

    Tempat ketiga disandang oleh pasangan Norhani binti Juna dan Wedy Nurul Suzuna binti Luon dan Hajah Norhaini binti Haji Dollah dan Siti Norhafilah binti Haji Arun.

    Sementara itu, Mohd Yazid bin Norafaizal dan Wedy Shahrijam bin Luon merangkul gelaran beregu lelaki bawah 21 tahun manakala Nurul Balqis binti Osman dan Nur Amatul Afiqah binti Mohd Johari memenangi gelaran remaja perempuan bawah 21 tahun.

    Sebanyak 15 pasukan bertanding dalam kategori beregu terbuka lelaki, lima pasukan beregu wanita terbuka, sembilan pasukan menyertai beregu bawah 21 tahun lelaki dan empat pasukan menyertai beregu remaja bawah 21 tahun perempuan.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Presiden BDPF, Haji Mohammad bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah.

    Haji Mohammad semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori terbuka beregu lelaki Kejuaraan Petanque BDPF. – Gambar serahan BDPF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda