Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MB Polo julang Piala Emas

    Oleh James Kon

    SEPANYOL, 1 SEPT – Pasukan MB Polo yang diterajui oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berjaya menjulang Piala Emas Kejohanan Polo Antarabangsa selepas menewaskan Pasukan Polo Brunei dengan keputusan 9-8 dalam aksi final yang sengit di Sotogrande, Sepanyol, hari ini.

    Sementara itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah menerajui Pasukan Polo Brunei menewaskan Pasukan Polo Ayala 9-7 bagi menjulang Piala Medium kejohanan tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, barisan pemain yang beraksi bersama DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ialah Tomas Panelo, Polito Pieres dan Tomas Beresford.

    Manakala pasukan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dibarisi oleh Matias Gonzalez, Temy Wellington dan Benjamin Panelo.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menjulang piala kejuaraan bersama Pasukan MB Polo. – Gambar oleh MB Polo
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan meraikan kemenangan pasukannya dengan menjulang Piala Medium. – Gambar oleh Brunei Polo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda