Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbangula bantu Juventus menang

    TURIN, 12 FEB – Samuel Mbangula mengkritik persembahannya sendiri semasa kemenangan 2-1 Juventus ke atas PSV Eindhoven dalam Liga Juara-Juara, meskipun jaringan kemenangan lewatnya semalam meningkatkan peluang pasukan Itali itu untuk mara ke kelompok 16 terbaik.

    Pemain sayap itu menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan kelab elit Eropah lapan minit sebelum tamat di Stadium Allianz, memberikan Juve kelebihan menjelang perlawanan timbal balik minggu hadapan menentang PSV.

    Pemain berusia 21 tahun itu menyelamatkan Juve daripada dihukum oleh Ivan Perisic, yang pernah menjadi pemain kegemaran penyokong seteru utama mereka, Inter Milan, dan menyamakan kedudukan selepas membalas gol pembukaan hebat Weston McKennie pada babak pertama dengan satu rembatan padu 10 minit selepas rehat.

    Namun, Mbangula tetap tidak berpuas hati meskipun menjaringkan gol penting, kecewa dengan prestasi dirinya sendiri dan cara pasukannya bertindak balas secara pasif selepas gol penyamaan Perisic.

    “Memang saya menjaringkan gol kemenangan, tetapi saya tidak gembira dengan prestasi saya. Saya tahu saya boleh bermain jauh lebih baik,” katanya kepada Sky di Itali.

    “Selepas kami bolos, kami sepatutnya terus bermain seperti sebelumnya kerana kami mengawal permainan… Dengan kualiti yang kami ada dalam pasukan ini, jika kami kekal bermain seperti itu, kami boleh menjaringkan lebih banyak gol.

    “Sukar untuk berasa gembira apabila awda tahu awda tidak cukup bagus.” – AFP

    Samuel Mbangula meraikan jaringannya untuk gol kedua pasukannya dalam perlawanan pertama play-off fasa kalah mati Liga Juara-juara antara Juventus dan PSV Eindhoven di Stadium Allianz, Turin, pada 11 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda