Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe akui kagumi Zidane

    CLAIREFONTAINE-EN-YEVELINES, 31 Mei – Bintang dari Perancis, Kylian Mbappe mengakui dia sebelum ini mengimpikan Zinedine Zidane di tengah-tengah spekulasi bahawa dia tidak lama lagi akan mendapati dirinya beraksi di bawah kendalian legenda Perancis itu di Real Madrid.

    “Pemain itu menjadikan saya bermimpi, dan masih lagi apabila saya melihat beberapa video,” kata Mbappe apabila ditanya mengenai Zidane, yang memenangi 108 kap bagi Les Blues, ketika mereka memenangi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.

    Sekarang Zidane, 44, membimbing Madrid ke gelaran dalam La Liga dan mungkin memenangi gelaran Liga Juara-Juara kedua berturut-turut dalam perlawanan akhir hujung minggu ini menentang Juventus di Cardiff.

    “Jurulatih itu adalah berlainan. Dia seorang jurulatih yang hebat yang terus mendapatkan keputusan dan berkembang,” tambah Mbappe pada sidang akhbar di pangkalan skuad Perancis di Clairefontaine, berhampiran Paris.

    Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) dan Antoine Griezmann ketika menjalani sesi latihan di Clairefontaine-en-Yvelines. Mbappe kini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid di bawah kendalian Zidane. - AFP
    Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) dan Antoine Griezmann ketika menjalani sesi latihan di Clairefontaine-en-Yvelines. Mbappe kini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid di bawah kendalian Zidane. – AFP

    Mereka bersedia bagi perlawanan persahabatan pada Jumaat ini di gelanggang sendiri menentang Paraguay di Rennes, yang kemudian disusuli oleh kelayakan Piala Dunia 2018 di Sweden pada 9 Jun dan perlawanan persahabatan menentang England di Stade de France pada 13 Jun.

    Pemain itu yang baru berusia 18 tahun itu adalah salah seorang pemain terhangat dalam pasaran bola sepak selepas muncul bersama Monaco, yang memenangi gelaran Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim ini.

    Dia dikaitkan dengan pertukaran ke ibu negara Sepanyol dan Manchester City, dengan harian sukan L’Equipe pada Selasa lalu melaporkan keduanya telah membuat tawaran sekitar nilai 120 juta euro (AS$133.5 juta, 104 juta pound) bagi pemain yang dilahirkan di pinggir bandar Paris. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda