Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe berhasrat tamatkan musim ini bersama PSG

    PARIS, 29 DIS – Pemain bintang, Kylian Mbappe kelmarin berkata dia ingin menamatkan musim ini bersama Paris Saint-Germain, pada ketika itu dia bakal menjadi pemain bebas.

    Penyerang berusia 23 tahun itu ditanya sekira-nya dia akan menyertai Real Madrid dalam masa terdekat semasa temu bual dengan CNN, dia memberikan respons tegas.

    “Tidak pada Januari ini,” kata Mbappe, yang cuba dipancing oleh Madrid pada Julai dengan bidaan sebanyak AS$209 juta.

    PSG ketika itu baharu saja menandatangani Lionel Messi dari Barcelona, namun tawaran lumayan itu ditolak oleh kelab.

    Akan tetapi dengan jendela pasaran akan dibuka, Madrid dijangka akan membuat langkah.

    Mbappe meredakan keadaan sehari selepas menerima anugerah ‘Pemain Lelaki Terbaik Tahunan’ dari Globe Soccer pada acara yang dianjurkan di Burj Khalifa, Dubai.

    “Saya masih bersama PSG dan saya merasa gembira. Saya akan menghabiskan musim ini dengan berada di sini, 100 peratus,” katanya.

    “Saya akan memberikan segalanya untuk memenangi Liga Juara-Juara, kejohanan liga dan Piala Perancis,” tambahnya sebelum kembali menumpukan soalan tentang Madrid, yang kelabnya bakal bertemu di pusingan seterusnya di saingan Liga Juara-Juara.

    “Perkara utama yang berada di fikiran saya ialah menewaskan Real Madrid pada Februari dan Mac,” katanya. – AFP

    Gambar fail reaksi Kylian Mbappe meraikan jaringan semasa mewakili pasukan kebangsaan Perancis. Mbappe meluahkan hasrat untuk kekal bersama PSG sehingga tamat musim ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda