Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mbappe cipta gol kemenangan Perancis

    PARIS, 26 MAC – Kylian Mbappe sekali lagi memberikan sumbangan cemerlang kepada pasukan Perancis, kali ini sebagai kapten pasukan. Memimpin era baharu Les Bleus, terdapat sesuatu yang tidak asing tentang cara Mbappe mencipta dua gol untuk meraih kemenangan 4-0 ke atas Belanda dalam kelayakan Kejohanan Eropah pada Jumaat lalu.

    Perancis tidak menunjukkan kesan berlarutan akibat kekalahan sepakan penalti Argentina di final Piala Dunia tiga bulan lalu. Begitu juga dengan Mbappe, pencetak hatrick pada ketika itu walaupun kalah.

    Salah satu sentuhan pertama ketika menentang Belanda adalah apabila dia melakukan hantaran kepada Antoine Griezmann untuk menjaringkan gol pertama dalam masa dua minit di Stade de France. Kedua-dua pemain bertepuk tangan, menunjukkan tidak ada permusuhan berpanjangan selepas Griezmann, yang lebih berpengalaman daripada Mbappe, tidak dicalonkan sebagai kapten pasukan selepas persaraan Hugo Lloris.

    Dayot Upamecano mencipta gol kedua pada minit ke-8, dan gol ketiga dalam tempoh pembukaan yang mengagumkan selama 20 minit oleh Perancis dijaringkan oleh Mbappe.

    Dia berlari ke belakang pertahanan Belanda dan merembat dalam gawang setelah Randal Kolo Muani membiarkan bola dari Aurelien Tchouameni melepasi dirinya.

    Kylian Mbappe menjaringkan gol ketiga bagi pasukannya di Stade de France, Saint Denis, luar Paris, Perancis, Jumaat lalu. – AP

    Mbappe menamatkan perlawanan dengan mencipta gol solo pada minit ke-88, mengambil bola 40 meter dari pintu gol dan menghasilkan beberapa taktik di hujung kawasan sebelum merembat ke gawang rendah di luar jangkauan penjaga gol Jasper Cillessen.

    Gol tersebut menjadikan penyerang Paris Saint-Germain itu mencipta 38 gol antarabangsa, mengatasi Karim Benzema di tempat kelima dalam senarai gol sepanjang masa Perancis.

    Walaupun masa Benzema mungkin telah berakhir untuk pasukan kebangsaan, Mbappe yang berusia 24 tahun dan menjadi pemimpin gelombang baharu bintang bola sepak selepas Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sebenarnya hanya mula memperlahankan langkahnya.

    Bercakap mengenai permulaan, ia adalah cara yang mengecewakan untuk jurulatih Belanda, Ronald Koeman memulakan tempoh keduanya mengurus pasukan tersebut.

    Terpaksa bermain tanpa pemain tengah utama, Frenkie de Jong kerana kecederaan dan lima pemain pada ming-gu itu disebabkan virus flu, Belanda diserang dengan hebat dalam perlawanan Kumpulan B yang berat sebelah apabila kelayakan ke Euro 2024 diteruskan. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...