Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe julang Perancis ke final Liga Negara-Negara

    TURIN, 8 OKT – Hugo Lloris memuji prestasi Kylian Mbappe yang menakjubkan untuk membantu Perancis bangkit daripada ketinggalan apabila meledakkan gol pada separuh masa pertama sekali gus membantu menewaskan Belgium 3-2 untuk mara ke final Liga Negara-Negara, semalam.

    Theo Hernandez menjaringkan gol pada lewat perlawanan bagi mengesahkan tempat ke perlawanan akhir menentang Sepanyol di San Siro Ahad ini, namun Mbappe membantu kebangkitan Perancis pada separuh masa kedua pada penampilan ke-50nya bersama Perancis.

    Mbappe adalah pemain termuda yang membuat penampilan bersama Les Bleus, melakukan assist untuk jaringan Karim Benzema pada minit ke-60 dan menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

    “Memikul tanggungjawab pada perlawanan itu sangat hebat. Dia mempunyai bakat namun di belakangnya dia mempunyai mentaliti seorang juara. Kami semua gembira untuknya di bilik persalinan,” kata Lloris.

    Mbappe, 22, berdepan musim panas yang sukar apabila dia gagal menjaringkan penalti yang menyebabkan Perancis tersingkir Euro 2020 di peringkat 16 dan keinginannya untuk berhijrah ke Real Madrid ditolak Paris Saint-Germain.

    Aksi Kylian Mbappe semasa menjaringkan gol kedua pasukannya menerusi sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Belgium di Stadium Juventus, di Turin, semalam. – AP

    Dia turut berkata dalam satu temu bual dengan L’Equipe baru-baru ini bahawa dia memerlukan lebih banyak sokongan daripada rakan pasukan Perancis selepas gagal di Euro 2020 Jun lalu.

    Namun jurulatih Perancis, Didier Deschamps menegaskan bahawa dia ‘selalu berusaha untuk berada di sana bersamanya dan sentiasa berada di belakangnya’.

    “Terdapat banyak jangkaan dan harapan di sekelilingnya tapi saya sentiasa tahu bahawa pasukan Perancis akan menjadi kuat dengan Kylian. Saya tidak pernah meragui tentang itu,” kata Deschamps.

    Sementara itu Roberto Martinez, berkata jangkaan untuk memenangi perlawanan menyebabkan pemain tenggelam dan berkata keinginan generasi emas untuk memenangi trofi pertama berkecai pada separuh masa kedua.

    “Kualiti yang ditunjukkan pada separuh masa pertama, kedua adalah persoalan mengenai emosi dan tanggungjawab. Ia menjadi perlawanan yang kami mahu tamatkan dan mara ke final. Pada ketika itu kami berhenti bermain,” kata Martinez. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda