Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Mbappe kembali jalani latihan menjelang perlawanan esok

    SAINT-GERMAIN-EN-LAYE, PERANCIS, 13 FEB – Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, kembali berlatih lebih awal daripada jangkaan menjelang pusingan 16 Liga Juara-Juara perlawanan di tempat sendiri menentang Bayern Munich esok.

    Selepas Mbappe mengalami kecederaan paha ketika menentang Montpellier pada 1 Februari, kelab itu berkata dia akan berehat selama tiga minggu.

    Sabtu lalu, jurulatih Christophe Galtier berkata dia tidak menyangka Mbappe akan bermain esok.

    “Saya tidak fikir begitu. Dia mengikut protokol pemulihannya. Dia adalah mangsa kecederaan otot,” kata Galtier. “Kami akan mengambil risiko sifar, sifar, sifar dengan Kylian,” jelasnya.

    Tetapi Mbappe berlatih kelmarin dan hari ini dilihat dalam bahagian latihan yang terbuka kepada media, menyertai latihan bersama Lionel Messi, Neymar, Sergio Ramos, penjaga gol Gianluigi Donnarumma, Marco Verratti, Achraf Hakimi dan Marquinhos.

    PSG milik Qatar itu sedang berusaha untuk kekal di landasan untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah mereka. – AFP

    Penyerang Perancis Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (kanan) dan penyerang Paris Saint-Germain dari Argentina Lionel Messi (kiri) mengambil bahagian dalam sesi latihan di Saint-Germain-en-Laye, barat Paris hari ini, sebelum perlawanan menentang FC Bayern Munich esok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...