MADRID, 20 JAN – Kylian Mbappe menjaringkan dua gol dan mempamerkan aksi cemerlang untuk memimpin Real Madrid kepada kemenangan 4-1 ke atas Las Palmas dan membawa juara bertahan itu ke puncak La Liga, kelmarin.
Los Blancos menikmati hujung minggu yang sempurna, memintas Atletico Madrid dengan dua mata selepas jiran mereka itu melakukan kesilapan dengan kekalahan mengejut di Leganes Sabtu lalu, manakala Barcelona, di tangga ketiga, hanya mampu seri di Getafe.
Mbappe telah mencatat prestasi terbaik dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas permulaan yang tidak konsisten di Real Madrid berikutan perpindahannya dari Paris Saint-Germain pada musim panas lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu telah memperoleh 12 gol liga termasuk dua jaringannya dalam perlawanan tersebut, menjadikannya penjaring kedua terbanyak liga Sepanyol di belakang Robert Lewandowski dari Barcelona, di samping Brahim Diaz dan Rodrygo Goes turut menjaringkan gol buat pasukannya. – AFP