Tuesday, December 17, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe pemegang saham majoriti kelab Ligue 2

    PARIS, 31 Julai 2024 (AFP) – Ketua pasukan Perancis, Kylian Mbappe telah mengambil alih sebagai pemegang saham majoriti kelab Ligue 2 iaitu Caen, umum syarikat Mbappe Interconnected Ventures dalam satu kenyataan hari ini.

    Pemain baharu Real Madrid, yang hampir menyertai Caen ketika dia masih muda, telah memperoleh 80 peratus saham melalui Coalition Capital, entiti pelaburan Interconnected Ventures, menggantikan dana pelaburan as Oaktree sebagai pemegang saham majoriti.

    Tiada angka yang dikeluarkan secara rasmi tetapi laporan media Perancis meletakkan yuran pengambilalihan pada 15 hingga 20 juta euro.

    “Transaksi ini menandakan langkah penting dalam pembangunan strategik kelab dan mengukuhkan cita-cita semula jadi untuk kekal sebagai salah satu kelab paling berjaya dalam bola sepak Perancis,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

    “Pengambilalihan ini akan memberikan Caen dengan sumber strategik tambahan untuk mengukuhkan dasar sukannya, memodenkan infrastrukturnya dan membangunkan projek inovatif.”

    Rakan rapat Mbappe, Ziad Hammoud akan mengambil alih sebagai pengerusi kelab.

    “Kami bertekad untuk mewujudkan persekitaran di mana bakat muda dapat berkembang dan di mana kelab dapat mempertahankan identitinya dengan kekuatan dan cita-cita,” kata Hammoud dalam siaran akhbar.

    Pemenang Piala Dunia berusia 25 tahun, yang kini menjadi salah seorang pemilik kelab profesional termuda, telah ‘dipinang’ oleh Caen ketika dia baru berusia 13 tahun, sebelum dia menyertai Monaco dan kemudian Paris Saint-Germain.- AFP

    Mbappe telah mengambil alih sebagai pemegang saham majoriti kelab Ligue 2 iaitu Caen.- Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda