MADRID, 15 APRIL- Antara sebab Kylian Mbappe sertai Real Madrid adalah untuk memburu kejayaan Liga Juara-Juara dan kini dia mengharapkan malam yang ajaib untuk menundukkan Arsenal untuk mara ke separuh akhir.
The Gunners mendahului 3-0 dalam perlawanan suku akhir pertama di London minggu lalu, menyebabkan Madrid amat mengharapkan kebangkitan dramatik untuk mengubah keadaan.
Kelebihan pemain bintang Perancis itu memberi harapan kepada Madrid untuk mencapai apa yang kelihatan mustahil.
“Sudah tentu kami boleh,” kata Mbappe tentang kebangkitan semula semasa menuju ke bas pasukan selepas ditewaskan Arsenal minggu lalu.
Declan Rice menyumbat dua gol dari sepakan percuma dan ditambah dengan gol ketiga Mikel Merino membantu pasukan Mikel Arteta melangkah satu kaki ke empat pasukan akhir.
Arsenal sedar sepenuhnya bahawa tugas belum selesai, setelah melihat kesan buruk Mbappe berikan terhadap juara Liga Perdana, Manchester City pada awal musim dengan jaringan hatrik.
Pada 2022 juga, Madrid telah membuat kebangkitan yang menakjubkan untuk menewaskan Man City walaupun ketinggalan 5-3 secara agregat pada minit-minit akhir perlawanan separuh akhir kedua, mara 6-5 pada akhirnya.
Mereka juga pernah mengatasi defisit 2-0 suku akhir perlawanan pertama menentang Wolfsburg pada 2016, memenangi perlawanan kedua 3-0 dengan hatrik Ronaldo.
Mbappe sangat berharap dapat mencontohi pencapaian penyerang Portugal itu ketika menentang Arsenal nanti.
“Di Santiago Bernabeu, kebangkitan untuk melawan semula sentiasa di bibir semua orang,” Ronaldo pernah berkata.
Sememangnya kedatangan Mbappe ke Madrid adalah untuk melakar sejarah Madrid yang kaya dan lawatan Arsenal nanti memberikan peluang yang ideal.
“Kami perlu percaya, kami perlu yakin,” kata jurulatih Carlo Ancelotti minggu lalu. “Kerana kadangkala, agak kerap di Bernabeu, ia (kebangkitan semula) berlaku.” – AFP
