Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Majlis Belia Brunei (MBB) mengadakan majlis doa kesyukuran bagi menyambut ulang tahun MBB ke-60 yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, baru-baru ini.
Hadir semasa majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Zakaria bin Haji Serudin serta wakil daripada persatuan dan pergerakan belia bagi sama-sama meramaikan majlis itu.
Majlis turut menyaksikan sesi ceramah bertajuk Pentingnya peranan dan perkembangan belia dalam masyarakat membangun, yang disampaikan oleh Haji Mohammad Khairul Muaz bin Haji Sibodaud.
MBB dahulunya dikenali sebagai Majlis Pemuda Pemudi Brunei pada 1965 sebelum ia bertukar nama kepada namanya sejkarang yang dikenali oleh masyarakat Brunei Darussalam.