Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    MBJB bina arca daripada bahan kitar semula

    JOHOR BAHRU, 13 NOV – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menghasilkan empat arca menggunakan 15,000 tin dan botol minuman terpakai bersempena Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023.

    Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata arca yang dibina berkonsepkan hidupan laut iaitu dugong dan kuda laut itu, diletakkan secara kekal di sekitar bandar raya itu.

    Beliau berkata sebanyak 10,000 tin dan 5,000 botol kitar semula digunakan dalam penghasilan arca itu.

    “Selain arca kuda laut dan dugong, kita turut membina papan tanda utama yang juga diperbuat daripada bahan kitar semula tin dan botol.

    “Objektif pembinaan arca ini adalah untuk menunjukkan masalah yang dihadapi hidupan laut akibat daripada perubahan iklim,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Selain arca, katanya pelbagai mural sempena APCW 2023 juga dapat dilihat di sekitar pusat bandar raya itu.

    APCW 2023 yang julung kali diadakan di Johor bermula hari ini hingga Jumaat, berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PERSADA). – Bernama

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada Majlis Persidangan APCW 2023 di PERSADA Johor Bahru kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...