Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    McAllister kecewa DPMM FC tewas kepada Geylang

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Ketua Jurulatih DPMM FC, Jamie McAllister, melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan 2-0 pasukan itu kepada Geylang International FC dalam Liga Perdana Singapura (SPL) 2024/2025 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hujung minggu lalu.

    Anak buah Gegar Gegar mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri pada tahun baharu, meletakkan harapan besar untuk menamatkan musim ini dalam kalangan lima pasukan terbaik.

    Pasukan itu juga telah jatuh ke tangga ketujuh dalam carta liga selepas Hougang United menewaskan Balestier Khalsa 3-1 di Stadium Jalan Besar di Singapura.

    Ketua jurulatih berkata, “Ia benar-benar mengecewakan. Saya rasa untuk 15 minit pertama, kami tidak dapat menghantar bola antara satu sama lain.

    “Saya fikir kami benar-benar lemah dalam penguasaan bola dan tidak mempunyai kekuatam dan ia mungkin prestasi terburuk sejak saya berada di sini dalam 15 minit pertama,” ujarnya.

    Tambahnya, “Saya boleh membuat lima perubahan selepas 20 minit pertama dan saya hampir melakukannya. Tetapi saya mempunyai kepercayaan pada para pemain, walau bagaimanapun selepas 50 hingga 55 minit, saya terpaksa membuat perubahan kerana tiada perbezaan.”

    Bagaimanapun, bekas pemain Scotland itu memuji impak pemain gantian dan menyerlahkan peluang yang telah dicipta mereka.

    Pasukan tuan rumah hampir menemui gol penyamaan apabila penjaga gol Geylang, Rudy Khairullah berjaya menggagalkan percubaan Azwan Ali Rahman.

    Dalam beberapa minit kemudian, Eagles melancarkan serangan balas dan menemui Iqbal Hussain yang menetapkan Ryoya Taniguchi untuk melakukan jaringan.

    Antara aksi pemain DPMM FC dan Geylang International FC semasa perlawanan tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda