JOHANNESBURG, 28 Feb – Jurulatih Cape Town City dan pemenang Liga Juara-Juara UEFA Benni McCarthy berkata neneknya boleh melakukan lebih baik lagi, selepas skuadnya mensia-siakan peluang dalam perlawanan liga yang tewas 2-0 di Baroka semalam.
Itu adalah kisah biasa bagi pasukan pelawat apabila mereka menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan tetapi gagal untuk menyudahkannya di Polokwane.
“Nenek saya mungkin telah mengubah beberapa peluang itu,” kata McCarthy, yang menjadi sebahagian pasukan Porto yang dikendali oleh Jose Mourinho yang telah memenangi hadiah kelab Eropah yang terbesar 14 tahun lalu.
“Itu adalah permainan yang berat sebelah yang mana kami telah mendominasi permainan dan menunjukkan permainan bola sepak yang cantik, namun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol ke gawang.
“Baroka mendapat dua peluang menjaringkan dan menyudahkannya,” ujar pemegang rekod jaringan terbanyak Afrika Selatan dengan 31 gol kepada para pemberita.
“Kemasan kami bagus semasa latihan tetapi teruk ketika perlawanan. Para pemain saya tidak memiliki kesungguhan untuk menjaringkan dan tidak ada jurulatih yang boleh mengajarnya.”
Sementara Cape Town mensia-siakan peluang baik dengan percubaan yang tersasar, pemain tengah Baroka kelahiran Botswana Mpho Kgaswane menunjukkan kemahiran dalam penyudahan klinikal.
Tiga tendangan bebas berakhir dengan tendangan pemain berusia 28 tahun itu melepasi penjaga gol ShuAib Walters pada minit ke-35 di Stadium Peter Mokaba.
Kgaswane memastikan Baroka memperoleh mata maksimum dalam minit terakhir dengan menyudahkan serangan balas dengan jaringan ke dalam gawang dari luar kotak. – AFP