WASHINGTON, 25 JAN – Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy hari ini menyifatkan keengganan Presiden Joe Biden untuk membincangkan siling hutang negara sebagai ‘tidak bertanggungjawab.’
Sputnik melaporkan Mc-Carthy memberi amaran bahawa kelewatan dalam rundi-ngan akan meningkatkan risiko kewangan bagi negara itu.
Menurut Rumah Putih, Biden dijangka mengadakan pertemuan dengan McCarthy tidak lama lagi untuk menyakinkan dewan perwakilan Kongres yang majoritinya anggota Republikan untuk meluluskan perbelanjaan tambahan walaupun mereka menggesa pemotongan bajet.
“Bagi presiden, beliau berkata tidak akan berunding – ini tidak bertanggungjawab,” katanya. – Bernama