Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    McDonald M’sia labur RM25 juta di Sabah

    SEMPORNA, 10 DIS – Kerajaan Sabah  mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald Malaysia di Sabah yang akan melabur RM25 juta bagi pembukaan cawangan baharu di negeri itu, kata Ketua Menteri  Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Beliau berkata  langkah syarikat itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah dan ke arah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan.

    “Saya berharap rakyat di negeri ini akan dapat membantu menyuburkan perniagaan seumpama ini kerana pulangannya bukan setakat kepada keuntungan syarikat malahan kepada masyarakat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda