Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    McDonald pertimbang jual sebahagian digital Dynamic Yield

    WASHINGTON, 28 FEB – McDonald mempertimbangkan penjualan sebahagian dari digital Dynamic Yield yang dibelinya dua tahun lalu dalam usaha meningkatkan pesanan secara panda-lalu dan kios di restoran-restoran, kedua-dua syarikat mengesahkan semalam.

    “Penjualan sebahagian syarikat yang berpotensi telah dibincangkan sejak awal dan sekarang terasa seperti masa yang tepat untuk meneroka kemungkinan itu,” kata pengasas dan CEO Dynamic Yield, Liad Agmon dalam satu kenyataannya kepada AFP yang mengesahkan laporan sebelumnya di Wall Street Journal.

    “Kami tidak mempunyai garis masa yang ditetapkan untuk potensi penjualan,” tambah syarikat itu.

    Dalam kenyataannya sendiri kepada AFP, McDonald mengatakan telah menggunakan teknologi Dynamic Yield dalam sejumlah pasaran di seluruh dunia dan akan terus melakukannya.

    Ia mengatakan akan terus menguji ‘pendekatan baharu’ untuk melayani pelanggannya dengan lebih baik.

    Pembelian Dynamic Yield pada tahun 2019 oleh McDonald dengan harga lebih dari AS$300 juta mewakili pembelian terbesar kumpulan yang berpangkalan di AS selama bertahun-tahun.

    Eksekutif syarikat menggambarkannya sebagai elemen utama strategi digital McDonald. – AFP

    Gambar fail menunjuk papan tanda restoran McDonald di Des Plaines, Illinois. McDonald mempertimbangkan penjualan sebahagian dari digital Dynamic Yield yang dibelinya dua tahun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda