Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    McDonald’s dukung semangat kemerdekaan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Sempena memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-33, McDonald’s Brunei turut mempamerkan semangat kemerdekaan dengan mengenakan lencana patriotik selaras dengan tema Hari Kebangsaan, ‘Menjayakan Wawasan Negara’.

    Eksekutif Pemasaran McDonald’s Brunei, Dayang Noor Hafilah binti Mohamed Salleh, ketika ditemui berkata, lencana tersebut akan disematkan pada kemeja kesemua kakitangan McDonald’s Brunei yang melambangkan sokongan ke atas Sambutan Hari Kebangsaan ke-33 dan menanam taat setia masyarakat Brunei demi negara.

    Selain itu, kakitangan McDonald’s Brunei juga akan mengedarkan sebanyak 2,000 beg kitar semula McDonald’s kepada orang ramai yang tiba awal pada 23 Februari (esok) untuk menyaksikan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan ke-33 di sekitar Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu Negara.

    Manakala, 250 pelanggan terawal yang datang untuk membuat pembelian di kesemua cawangan McDonald’s akan mendapat beg kitar semula yang sama secara percuma.

    Sempena dengan sambutan ini juga, McDonald’s Brunei bermula hari ini hingga 25 Februari akan beroperasi sehingga jam 1 pagi.

    Para kakitangan McDonald’s Brunei menyematkan lencana patriotik negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-33.
    Para kakitangan McDonald’s Brunei menyematkan lencana patriotik negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-33.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda