Oleh Siti Nur Wasimah S.
Gambar Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – McDonald’s Brunei kini menampilkan promosi ‘Sharebox’ bagi sembilan ketul ayam goreng regular atau pedas di kedua-dua cawangannya, McDonald’s Gadong dan McDonald’s Pandu Lalu Jerudong, bermula hari ini.
Di samping itu, promosi berkenaan turut memperkenalkan Ayam Goreng McD Family Pack, yang mengandungi lima ketul ayam goreng (regular/pedas), dua minuman berkarbonat, dua set nasi, satu set kentang goreng bersaiz besar dan satu pai epal.
McDonald’s Brunei turut menampilkan hidangan baru iaitu pai nanas dan juga minuman McCafe Mocha Ice Blended.

