NEW DELHI, 30 Jun – Rangkaian makanan segera Amerika, McDonald’s telah menutup kebanyakan restorannya di Delhi selepas subsidiarinya di India tidak dapat memperbaharui lesennya.
Penutupan itu telah menjejaskan 43 dari 55 buah restoran McDonald’s di bandar India de-ngan kira-kira 1,700 kakitangan, lapor media tempatan.
Operasi McDonald’s di utara dan timur India telah diuruskan oleh Connaught Plaza Restaurants Private Limited (CPRL), usaha sama antara perniagaan tempatan, Vikram Bakshi dan syarikat AS.
“Ia sungguh malang, namun operasi 43 buah restoran yang dikendalikan oleh CPRL telah ditangguhkan sementara,” Bakshi, bekas pengarah urusan CPRL, dipetik sebagai berkata.
Syarikat itu mengoperasikan 168 buah restoran McDonald’s.
“India terus menjadi pasaran penting bagi McDonald’s dan kami komited untuk bekerja-sama dengan CPRL bagi menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” kata McDonald’s India Pvt Ltd dalam satu kenyataan, merujuk bahawa ‘lesen perniagaan restoran-restoran McDonald’s di Delhi telah mansuh’. – Bernama