Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    McDonald’s uji burger sayur-sayuran di Kanada

    NEW YORK – Restoran makanan segera terbesar dunia, McDonald’s telah melakukan satu pembaharuan ke arah dunia ‘daging’ yang berasaskan kepada tumbuh-tumbuhan, mengumumkan rancangannya itu baru-baru ini dan mengujinya dalam set hidangan burger sayur-sayuran di Kanada.

    Hidangan burger PLT yang terdiri daripada ‘Plant, Lettuce, Tomato’, akan boleh didapati selama 12 minggu dari sekarang di 28 buah restoran tersebut di Ontario bermula 30 September. “McDonald’s mempunyai legasi yang membanggakan, menyeronokkan dan makanan yang menyelerakan.

    Sekarang, kami cuba memperluaskannya dengan menguji hidangan bur-ger berasaskan kepada sayur-sayuran,” kata Ann Wahlgren, naib presiden strategi menu global.

    “Kami telah menyelenggarakan resipi ini terlebih dahulu dan kini, kami sudah bersedia untuk mendengar maklum balas daripada pelanggan-pelanggan kami,” tambahnya kepada media.

    Protein berasaskan sayur-sayuran bukanlah usaha yang baharu bagi McDonald’s. Makanan segera terbesar dunia itu telah melancarkan burger sayur-sayuran di Jerman bersama dengan Nestle. Kali ini, rancangan McDonald’s adalah untuk bekerjasama dengan Beyond Meat yang berkembang pesat, dengan membangunkan ‘patty’ yang dikatakan McDonald’s sebagai burger berasaskan sayur-sayuran yang lazat dan berjus, pastinya pelanggan McDonald’s akan mencintainya.

    Persaingan semakin hebat

    Pesaing-pesaing McDonald’s juga berusaha keras untuk terus berkembang untuk menggunakan bahan sayuran-sayuran seperti Burger King pada bulan April lalu telah melancarkan burger Whopper sayur-sayuran, sementara, KFC dan Beyond Meat pula menjual nuget berasaskan sayur-sayuran.

    Walaupun ia dianggap sebagai alternatif daripada daging selama beberapa dekad, namun generasi syarikat baharu seperti Impossible Burger dan Beyond Meat telah menggunakan teknologi bagi menghasilkan protein dengan rasa dan tekstur yang lebih dekat dengan daging.

    Syarikat makanan besar dunia juga lebih aktif dalam mengadaptasikan pembaharuan itu di mana Nestle pada 1 Oktober ini akan melancarkan ‘Awesome Burger’ di Amerika Syarikat selepas melancarkan ‘Incredible Burger’ di Eropah. – AFP

    Hidangan burger PLT yang terdiri daripada ‘Plant, Lettuce, Tomato’, akan boleh didapati selama 12 minggu dari sekarang di 28 buah restoran tersebut di Ontario bermula 30 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda