McGregor malu besar

ABU DHABI, 24 JAN – Conor McGregor mengaku dia ‘patah hati’ hari ini selepas tewas di UFC menentang bukan petinju pilihan Dustin Poirier.

“Sukar untuk dikatakan,” kata petinju dari Ireland, McGregor selepas pertarungan itu.

“Saya tidak tahu di mana saya berada, pada masa ini, jujur.”

McGregor yang berusia 32 tahun menjadi kegemaran ramai untuk mencatat kemenangan selepas setahun menjauhkan diri dari gelanggang.

Tetapi Poirier (27-6), yang pernah tewas dalam 109 saat menentang McGregor dalam pertarungan pertama mereka pada tahun 2014, menggunakan strategi menendang kaki bawah untuk menewaskan lawannya.

Poirier melancarkan pukulan betubi-tubi ke kepala sehingga menjatuhkan McGregor sebelum pertarungan dihentikan dalam masa 2 minit 32 saat pada pusingan kedua. – Agensi

Petinju dari Amerika itu kemudian melancarkan pukulan betubi-tubi di kepala sehingga menjatuhkan McGregor ke lantai beberapa saat sebelum pertarungan dihentikan dalam masa 2 minit 32 saat pada pusingan kedua.

“Saya tidak punya alasan. Itu adalah persembahan luar biasa dari Dustin. Ini perlawanan yang pahit untuk ditelan,” jelas McGregor.

Kekalahan yang tidak disangka-sangka itu menyebabkan ramai peminat MMA tertanya-tanya apa yang akan berlaku untuk McGregor, yang akan menghadapi soalan mengenai masa depannya dalam sukan tersebut.

Kekalahan itu kemungkinan mengetepikan pertarungan ulangan menentang Khabib Nurmagomedov dari Rusia, juara lightweight UFC yang tidak pernah kalah dan kini telah bersara. Kemenangan Nurmagomedov ke atas McGregor pada 2018 mencatatkan rekod sepanjang masa untuk tontonan tertinggi (PPV) UFC dengan 2.4 juta tontonan.

Petinju Rusia itu dengan cepat mengejek McGregor di media sosial selepas pertarungan hari ini.

“Inilah yang terjadi, apabila anda menukar pasukan anda, tinggalkan rakan lawan yang menjadikan anda juara dan bertanding dengan anak-anak kecil, jauh dari kenyataan,” kata Nurmagomedov di Twitter. – AFP