Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    McIlroy akui sukar menangi Jelajah PGA

    LOS ANGELES, 14 OKT – Bekas pemain nombor satu dunia, Rory Mcllroy berkata memenangi Jelajah PGA adalah paling sukar tatkala dia sedang mempersiapkan diri untuk memulakan musim 2021/22 di Piala CJ di Las Vegas.

    Mcllroy memburu kejuaraan kedua tahun ini dalam aksi yang berlangsung di Nevada, di mana Piala CJ sebelum ini diadakan di Pulau Jeju, Korea Selatan tahun lalu berikutan pandemik.

    Dia menamatkan kemarau kemenangan paling lama dalam kariernya dengan muncul juara di Kejohanan Wells Fargo di Quail Hollow Mei lalu, selepas 18 bulan tanpa kejuaraan sementara pada

    2019 mampu untuk meraih empat kejayaan.

    Juara kejohanan utama sebanyak empat kali berusia 32 tahun itu berkata, dia percaya saingan musim baharu dengan beberapa lagi kejuaraan yang ditawarkan bakal menjadi lebih sukar, melihat kepada himpunan pemain berbakat di jelajah.

    “Apabila awda melihat Jelajah PGA yang membariskan 144, 156 pemain, anda akan rasai bahawa tiga suku daripadanya mempunyai peluang untuk menjadi juara dan itulah gambaran mengenai kesukaran yang perlu dihadapi.

    “Memang sukar untuk menang kan? Saya pernah melalui beberapa musim di mana saya menang sebanyak empat atau lima kali dan sekarang ini saya rasa itulah yang dinamakan pencapaian dalam erti kata sebenarnya,” katanya.

    Ben Hogan kekal sebagai pemain yang banyak memenangi kejuaraan dalam tempoh satu musim selepas merangkul 13 trofi pada 1946.

    Paling banyak pada era sekarang dilakukan Vijay Singh dan Tiger Woods dengan kedua-duanya meraih sembilan kejuaraan dalam semusim pada 2004 dan 2009. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pelumba Pasukan Bryan Coquard dari Perancis (kanan) dan Pasukan Alpecin Fenix terbaring di atas tanah selepas kemalangan semasa peringkat pertama perlumbaan Tour de France di antara Brest dan Landerneau. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda