Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    McIlroy puji Woods

    SHANGHAI, 30 OKT – Pemain golf handalan Ireland Utara, Rory McIlroy mengatakan Tiger Woods (gambar bawah) kini lebih tenang selepas pemain Amerika Syarikat itu menjulang gelaran Jelajah PGA ke-82, minggu ini.

    Woods, 43, mencapai tahap baru ketika bergelar juara Kejohanan Zozo di Jepun, semalam untuk menyamai rekod pemain berusia 54 tahun, Sam Snead mencipta kejayaan dalam Jelajah.

    McIlroy menamatkan saingan di tempat ketiga berkata, dia dapat melihat perubahan ketara terhadap Woods biarpun kariernya terjejas akibat beberapa masalah peribadi.

    “Dia kembali, lebih terbuka dan tetap berkarakter biarpun berdepan pelbagai masalah sejak beberapa tahun lalu,” kata ranking kedua dunia memberitahu media menjelang Kejohanan Juara WGC-HSBC di Shanghai.

    “Saya rasa saya bernasib baik tinggal berdekatan dengannya dan membentuk persahabatan yang akrab.

    “Saya dapat melihatnya situasi peribadi siapa dirinya sebenar, bagaimana hebatnya menjadi seorang bapa dan mengendalikan hidupnya. Ia sesuatu menarik untuk dilihat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda