NEW YORK, 27 MEI – Pemain golf nombor satu dunia Rory McIlroy, Bintang NBA Gordon Hayward dan juara olahraga Olimpik enam kali Allyson Felix adalah antara bintang sukan yang dijangka mengambil bahagian dalam kelas mengayuh basikal untuk disiarkan di televisyen pada Sabtu.
Program Pro Athlete All-Star Ride, usaha terbaharu untuk menarik penonton sukan dengan acara ditutup semasa pandemik koronavirus, akan memaparkan kayuhan basikal pegun lelaki dan wanita selama 20 minit dalam kalangan atlet yang juga anggota Peloton.
Setiap perlumbaan akan memaparkan lapan penunggang dan pelumba dengan nombor output tertinggi – kombinasi nada dan rintangan – dalam setiap perlumbaan akan diumumkan pemenang.
Pemain NBA yang mengadakan pertandingan menjaringkan gol dari belakang rumah mereka untuk rancangan televisyen dan program golf-mini, acara halangan dan pertandingan kejar-kejar adalah antara acara unik lain bertujuan menarik penonton.
Tindakan itu diambil dua hari selepas bintang golf Tiger Wods dan Phil Mickelson bergabung dengan juara NFL Super Bowl Tom Brady dan Peyton Manning untuk menerbitkan blokbuster rating pada Ahad untuk acara golf 18-lubang, dengan 5.8 juta penonton merupakan penonton golf terbesar televisyen AS. – AFP
