Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    McIlroy sertai Woods di PGA Jepun

    TOKYO, 31 JULAI – Bekas pemain nombor satu dunia Rory McIlroy akan menyertai juara gelaran utama 15 kali Tiger Woods beraksi di kejohanan Jelajah PGA Jepun yang pertama, menurut penganjur hari ini.

    Woods sudah pun mengesahkan penyertaan dan kehadiran McIlroy menyerikan lagi Kejohanan Zozo yang menawarkan hadiah AS$9.75 juta pada Oktober depan.

    “Cukup istimewa dapat beraksi di Jepun tahun ini dan saya sangat teruja menghadapinya,” kata pemain Ireland Utara berusia 30 tahun itu dalam kenyataan akhbarnya.

    “Saya tahu peminat golf di Jepun sangat menyokong dan berpengetahuan mengenai sukan ini dan sudah pasti menarik buat pemain Jelajah PGA beraksi di hadapan mereka buat kali pertama,” kata McIlroy.

    “Saya banyak menangi kejuaraan di seluruh dunia dan satu pencapaian baharu jika menang kali pertama di Jepun.”

    Penganjur pula berkata, komitmen McIIroy satu tambahan fantastik dan reputasinya menjadi tarikan penonton.

    McIlroy pemain nombor tiga dunia adalah pemenang empat gelaran utama yang menduduki ranking nombor satu selama 95 minggu di antara 2012-2015.

    Sejumlah 78 pemain bakal berentap di Kejohanan Zozo yang berlangsung di Chiba, berdekatan Tokyo bermula 24-27 Oktober. – AFP

    McIlroy akan menyertai Woods di Jelajah PGA Jepun yang pertama. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda