SHANGHAI, 1 NOV – Pemain ranking nombor dua dunia, Rory Mcllroy kembali bersinar selepas berjaya menamatkan aksi terbaiknya dalam saingan pusingan pembukaan dengan satu eagle untuk menerajui Kejohanan WGC-HSBC di Shanghai hari ini.
Menjelang musim kemuncaknya tahun ini, McIlroy menyamai pusingan pembukaan lima bawah par 67 untuk berada dalam kedudukan pemain teratas dalam kejohanan golf utama di Asia Timur, di mana dia berharap untuk dapat menewaskan pemain terkemuka dunia, Brooks Koepka.
“Saya gembira dengan keputusan dalam dua pusingan pertama,” kata McIlroy.
“Untuk meletakkan diri saya dalam cabaran yang berlaku pada hujung minggu ini adalah sesuatu yang saya mahu lakukan. Ini sesuatu yang tidak saya lakukan dalam beberapa minggu yang lalu.” – AFP