Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mcllroy ‘meluat’ dengan golf

    UNITED KINGDOM, 30 SEPT – Rory McIlroy berkata dia ‘meluat’ apabila beraksi di lapangan Jelajah Eropah yang memberikan cabaran tersendiri sehingga membuatkan dia gagal memerah keringat memenangi markah hebat.

    Pemain nombor dua dunia melaungkan perkara itu selepas menamatkan Kejohanan Alfred Dunhill Links dengan di kedudukan 26 walaupun melakukan keseluruhan 15 di bawah par.

    Dia merekodkan pusingan akhir 67 selepas melakukan birdie dalam enam lubang terakhir namun masih tujuh pukulan di belakang juara, Victor Perez dari Perancis.

    “Jujur saya tidak senang hati untuk kembali semula dalam Jelajah Eropah, melakukan 15 di bawah par dan penamat di tempat ke-30,” kata pemenang empat kali kejuaraan utama Mcllroy. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda