Wednesday, November 6, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MCS saksikan 53 kereta berentap

    KUALA LUMPUR, 17 JUN – Pusingan kedua Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) bakal ‘menggegarkan’ hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kemasukan percuma untuk ruang duduk grandstand.

    Menurut kenyataan SIC, sebanyak 53 kereta akan berentap dalam pusingan itu yang terdiri daripada lima kereta dalam kategori Touring Production (T), 12 kereta dalam kategori Modified Production (MTC), lapan dalam kategori Stock Production 1 (SP1) dan 28 kereta dalam Stock Production 2 (SP2). 

    “Pelumba dari Singapura, Indonesia, Bangladesh dan Jepun telah bersedia untuk memburu mata bagi memperbaiki kedudukan mereka. Bersaing dengan pelumba tempatan akan menjadikan pusingan ini lebih tegang dan sengit,” menurut kenyataan itu. 

    Pusingan tersebut akan bermula dengan sesi latihan selama 30 minit dan sesi kelayakan bagi setiap kategori pada Sabtu ini, diikuti Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 pada hari berikutnya.

    Menurut SIC, tempat duduk grandstand utama adalah percuma, manakala untuk Paddock dikenakan caj sebanyak RM80. Perlumbaan  tersebut juga boleh ditonton secara langsung menerusi akaun Facebook SIC.

    Selepas pusingan pertama, Mohd Yuszaidi Supangat dari pasukan Privateer berada di tangga teratas dalam kategori T dengan 24 mata, manakala bagi kategori MTC, Mitchell Cheah dan Brendan Paul Anthony dari Hirev Dream Chaser mendahului dengan 27 mata. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda