Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    McTominay bantu United benam Chelsea

    MANCHESTER, 7 DIS – Bos Manchester United, Erik ten Hag berkata pasukannya telah menghantar mesej kemenangan 2-1 ke atas Chelsea telah mengurangkan tekanan ke atas pengurus Belanda itu.
     
    Ten Hag mendapat respons yang diingininya selepas persembahan buruk dalam kekalahan 1-0 kepada Newcastle pada Sabtu ketika dua gol Scott McTominay memberikan prestasi terbaik United musim ini dengan tiga mata.
     
    “Kami berhak mendapatkannya. Kami mahu menghantar mesej ini kepada orang ramai tetapi ini juga gaya kami,” kata Ten Hag.
     
    “Sangat gembira dengan jumlah peluang yang kami cipta. Ia amat menyeronokkan untuk peminat menonton kami bermain.” Kemenangan keenam dalam lapan perlawanan liga melonjakkan United ke tangga keenam dan di belakang tiga mata daripada juara Manchester City di tangga keempat.
     
    Walaupun membelanjakan lebih AS$1.26 bilion untuk pemain baharu dalam tiga jendela perpindahan, Chelsea kekal di tangga ke-10.
     
    Scott McTominay bertepuk tangan pada penghujung perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Old Trafford di Manchester, England pada 6 Disember. – AP
    Hanya lima kemenangan dalam 15 perlawanan liga pertama di bawah kendalian Mauricio Pochettino telah menjadi tumpuan.
     
    Tetapi bekas bos Tottenham itu menggunakan senarai kecederaan yang panjang sebagai alasan permulaan perlahan yang lembap di Stamford Bridge.
     
    “Kami adalah projek yang berbeza. Kami tidak akan mengubah apa yang kami katakan sejak awal musim ini,” kata Pochettino.
     
     “Walaupun dengan pemain yang cergas ia akan menjadi sukar tetapi sekarang dengan pemain diketepikan, ia sangat sukar,” tambahnya.
     
    Ten Hag telah berada di bawah pengawasan yang semakin meningkat di tengah-tengah laporan ketidakpuasan di dalam bilik persalinan. 
     
    Namun keputusannya yang penting untuk menempatkan Marcus Rashford di bangku simpanan antara empat pertukaran memberikan ganjaran apabila Ten Hag dihadiahkan dengan persembahan yang jauh lebih bertenaga dan kreatif. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...