Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    MDPMAMB anjur doa selamat peperiksaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Kira-kira 260 orang pelajar- pelajar Pra Universiti Tahun Dua Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) yang akan menduduki peperiksaan AS dan A-Level pada sesi Oktober/November, telah menghadiri Majlis Doa Selamat khas di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, kelmarin.

    Di majlis itu, Pengetua, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad, bersama ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta guru dan kakitangan turut sama menyertai jemaah bagi mendoakan kejayaan para pelajar.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Abdul Aziz bin Haji Abdullah, dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    Majlis ini merupakan satu bentuk persediaan rohani yang memberi dorongan dan sokongan kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan mereka.        

    Jemaah lelaki terdiri daripada para guru lelaki, bapapenjaga penuntut serta penuntut-penuntut lelaki Maktab Duli PMAMB. – gambar serahan MDPMAMB
    Jemaah perempuan terdiri daripada Pengetua, para guru, ibupenjaga penuntut serta penuntut-penuntut perempuan Maktab Duli PMAMB. – GAMBAR SERAHAN MDPMAMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda