Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Mechamato antara anime terbaik

    Siri animasi 3D ‘Mechamato’ yang diterbitkan studio animasi tempatan MONSTA, diundi pada kedudukan ke-11 dalam kalangan 100 karya anime terbaik untuk Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.

    Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Razak berkata beliau terkejut dengan berita itu kerana siri berkenaan hanya dimasukkan dalam undian beberapa hari lepas.

    “Memasuki pasaran adalah satu perkara, tetapi untuk berada dalam 10 terbaik di negara seperti Jepun dan menjadi sohor kini ia sangat hebat. Pencapaian ini menunjukkan bakat kami di sini mempunyai potensi untuk memasuki pasaran global,” katanya pada pelancaran rasmi poster dan treler ‘Mechamato Movie’ baru-baru ini.

    Siri animasi itu telah disiarkan di 65 negara dan filemnya ‘Mechamato Movie’ akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Disember ini.

    Filem itu mengisahkan seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya Mechabot, paparan asal siri ini, iaitu ketika Amato kali pertama bertemu Mechabot yang terhempas di bumi bersama robot jahat lain.

    “Siri ini berjaya mengukuhkan kemunculan kami di rantau Asia Pasifik apabila memasuki platform penstriman popular Netflix dan disiarkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan lain-lain,” menurut MONSTA dalam kenyataan.

    MONSTA juga ialah pencipta kepada siri animasi 3D dan filem ‘BoBoiBoy’, yang berjaya menembusi lebih 70 negara di seluruh dunia dan dialih kepada lebih 12 bahasa. – Bernama

    Nizam terkejut dengan kemampuan MONSTA untuk bersaing di pasaran global. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...