Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medan elektromagnet mungkin berkaitan dengan penyakit urat saraf

    PARIS, 30 Mac – Juruterbang-juruterbang, pengimpal dan pekerja lain yang sentiasa terdedah pada paras tinggi medan elektromagnet mungkin berisiko tinggi mengidap penyakit sel saraf (neuron) motor, menurut kajian yang disiarkan hari ini.

    Penyelidikan di The BMJ mengaitkan hubungannya antara pendedahan dan penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit degenerasi sel saraf motorik yang progresif di otak dan saraf tunjang.

    Pada masa ini tiada penyembuhnya, dan mereka yang terjejas biasanya meninggal dunia beberapa tahun selepas didiagnosis.

    Penyakit itu jarang ditemui, berlaku pada puratanya antara dua kes baru daripada 100,000 orang setiap tahun, biasanya dihidapi oleh individu berusia antara 55 dan 65 tahun.

    “Mereka yang kerjanya terdedah pada paras tinggi daripada tahap terendah medan elektromagnet yang lebih dua kali ganda mengidap ALS daripada mereka yang tidak pernah terdedah,” menurut penyelidik yang diketuai oleh Roel Vermeulen, seorang profesor di Institut Sains Penilaian Risiko di Universiti Utrecht, Belanda.

    Medan elektromagnet berfrekuensi rendah adalah dihasilkan oleh peralatan elektrik dan alat elektrik dan grid tenaga.

    Kajian awal telah menunjukkan ALS mungkin berkaitan dengan pendedahan tempat kerja yang dekat dengan medan ini, namun kaitan itu telah dibuktikan sukar untuk disahkan.

    Punca penyakit saraf lain yang disyaki seperti kejutan elektrik, cecair pelarut, besi dan racun perosak.

    Para penyelidik mengkaji rekod perubatan ke atas kira-kira 120,000 lelaki dan wanita yang dipantau selama 17 tahun bermula dari usia 55 hingga 69. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda