Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Media AS namakan suspek dalam percubaan membunuh Trump

    WASHINGTON, 16 SEPT – Media Amerika Syarikat (AS) menamakan Ryan Wesley Routh, yang pernah ditemu bual AFP di Kyiv pada 2022 di mana dia menyokong usaha perang di sana, sebagai suspek dalam percubaan membunuh Donald Trump.

    Media AS melaporkan bahawa Routh, 58 tahun, ditangkap selepas ejen Perkhidmatan Rahsia AS ‘melepaskan tembakan ke arah seorang penembak’ yang membawa senjata jenis AK-47 berhampiran kawasan golf Trump di Florida, tempat bekas presiden itu sedang bermain golf, kelmarin.

    Suspek telah keluar dari kawasan semak tempat dia bersembunyi dan melarikan diri dalam sebuah kereta hitam sebelum dia berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

    CNN dan CBS melaporkan bahawa Routh adalah seorang pembina perumahan mampu milik di Hawaii yang bekerja sendiri, dengan rekod tangkapan sepanjang dekad dan sering menyiar hantaran mengenai politik dan isu semasa, termasuk mengkritik Trump, calon presiden Republikan.

    Salah satu isu yang disokong Routh adalah perjuangan Ukraine menentang pencerobohan yang dilancarkan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin. – AFP

    Ryan Wesley Routh ketika ditemu bual pada satu perhimpunan untuk mendesak pemimpin asing dan organisasi antarabangsa membantu menyediakan koridor kemanusiaan bagi pemindahan orang awam dan anggota tentera Ukraine dari Mariupol di Kyiv pada 27 April 2022. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...