Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Media Australia kecam Meta

    SYDNEY, 4 MAC – Salah satu pemimpin kumpulan media terbesar Australia hari ini berkata negara itu harus menentang gergasi teknologi, beberapa hari selepas induk Facebook Meta mengumumkan ia tidak akan lagi membayar penyiar untuk berita.

    Pengerusi Eksekutif News Corp Australasia, Michael Miller, berkata keputusan Meta meletakkan ratusan pekerjaan dalam risiko dan akan mendedahkan rakyat Australia kepada lebih banyak penipuan dan maklumat yang salah.

    “Australia tidak boleh menyerahkan kepimpinannya menjadi sebuah negara yang bersedia untuk menentang gergasi teknologi,” katanya dalam komen kepada salah sebuah akhbar syarikat itu.

    “Meta menganggap ia berada di atas kerajaan dan undang-undang kami.”

    “Ia tidak mengambil berat terhadap masyarakat.”

    Gambar Envato

    Meta Jumaat lalu berkata ia akan menghapuskan tab berita Facebook di Australia dan tidak akan memperbaharui perjanjian dengan penerbit berita bernilai ratusan juta dolar.

    Gergasi media sosial itu berkata keputusannya untuk menghentikan perjanjian berita itu adalah berdasarkan orang ramai yang tidak menggunakan Facebook untuk berita dan kandungan politik.

    Miller menambah, walaupun Meta mendakwa ia cuba menghapuskan penipuan, namun ia terus berlaku.

    “Dan ia bukan hanya penipuan, maklumat salah, berita palsu, impak sosial kepada semua warga Australia… terutamanya golongan muda Australia yang belum mempunyai kematangan untuk memahami apa yang mereka lihat di platform Meta tidak selalunya benar,” katanya.

    “Ia bukan sahaja merosakkan industri media, ia juga merosakkan demokrasi kita.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...