Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Media bidas Trump terhadap skandal Rusia

    WASHINGTON, 17 Julai – Pentadbiran Presiden AS Donald Trump dibidas pihak media ekoran skandal Rusia, tetapi sesetengah pihak berkata penelitian mendalam menyamai histeria media.

    Dalam bab baru kontroversi yang berterusan ini awal bulan ini, e-mel muncul antara anak lelaki Trump dan seorang peguam Rusia yang dikatakan mendapat maklumat yang menimbulkan curiga tentang calon presiden Demokratik pada masa itu, Hillary Clinton.

    Para pengkritik berkata ini adalah bukti pakatan sulit kempen Trump dan Rusia, meskipun peguam itu menafikan bekerja untuk kerajaan Rusia.

    “Pihak media telah menjadi benar-benar gila tentang perkara ini. Mereka melihat jenayah yang malah tidak wujud,” ahli strategik Republikan Ford O’Connell memberitahu Xinhua. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda