Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Media Perancis saman Google AS$1.1 bilion

    PARIS, 22 SEPT – Tujuh kumpulan media Perancis merancang untuk menyaman Google lebih daripada 1 bilion euro (AS$1.1 bilion) atas dakwaan antipersaingan dalam pengiklanan dalam talian, kata satu laporan Jumaat lalu.

    Perkhidmatan maklumat profesional Mind Media berkata tujuh kumpulan itu, mewakili sejumlah 22 syarikat, sama ada telah memulakan atau akan memulakan tindakan undang-undang.

    Langkah itu dibuat selepas badan pemerhati persaingan Perancis mendenda Google 220 juta euro pada Jun 2021 kerana memihak kepada perkhidmatannya sendiri dalam sektor pengiklanan dalam talian.

    “Google jelas didapati bersalah atas tingkah laku antipersaingan. Pihak berkuasa persaingan Perancis telah menyatakan Google selama bertahun-tahun memihak kepada penyelesaiannya sendiri sehingga merugikan pesaingnya,” Ketua Pegawai Eksekutif, Figaro Marc Feuillee dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

    Feuillee berkata, beliau percaya kumpulannya adalah mangsa daripada sistem teknologi yang kami gunakan, dan sedang mencari pampasan.

    Plaintif terdiri daripada Le Figaro, SIPA/Ouest-France, Prisma Media, Les Echos-Le Parisien, Adevinta/Leboncoin, CMA Media dan harian sukan L’Equipe.

    Pendengaran awal untuk menetapkan jadual perbicaraan diadakan pada awal September di mahkamah komersial Paris, dan prosiding boleh berlangsung dua hingga tiga tahun.

    Periklanan antipersaingan Google juga tertakluk kepada penyiasatan atau prosiding di Britain, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat. – AFP

    Gambar bertarikh 10 Mei 2023 menunjukkan logo Google semasa persidangan pembangunan tahunan Google I/O di Shoreline Amphitheatre di Mountain View, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda