Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Media sosial medium interaksi utama M’sia

    PUTRAJAYA, 3 Mei – Media Sosial merupakan medium interaksi utama di Malaysia dengan 96.5 peratus individu menggunakan internet untuk mengakses laman web media sosial mereka tahun lepas, kata Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

    Beliau berkata penggunaan media sosial sebagai medium komunikasi terus menjadi pilihan utama di Malaysia, dengan aplikasi yang sering digunakan ialah Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapps.

    “Ia berbanding 2017 hanya mencatatkan 86.3 peratus, meningkat kepada 10.2 peratus pada 2018 yang menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengehadkan penggunaan media sosial sebagaimana yang diamalkan oleh beberapa negara lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Penemuan itu adalah sebahagian daripada hasil Laporan mengenai Penggunaan dan Akses oleh Individu dan Isi Rumah 2018 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

    Laporan itu turut mendedahkan bahawa dalam tempoh setahun, jumlah penggunaan internet untuk maklumat mengenai barang dan perkhidmatan meningkat kepada 83.1 peratus.

    “Mengakses internet untuk muat turun gambar, filem, muzik/video, bermain atau memuat turun permainan, adalah antara pilihan popular dengan peningkatan kepada 81.7 peratus,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda