Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Media sosial perlu dikawal lebih ketat’

    PARIS, 23 FEB – Ketua agensi pendidikan, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa dialog global diadakan untuk mencari cara-cara mengawal syarikat media sosial dan mengehadkan peranan mereka dalam penyebaran maklumat palsu di seluruh dunia.

    Audrey Azoulay, Ketua Pengarah UNESCO, menyampaikan ucapan pada perhimpunan penggubal undang-undnag, wartawan dan persatuan awam dari seluruh dunia untuk membincang cara-cara mengawal platform media sosial termasuk Twitter untuk menjadikan internet ruang fakta yang lebih selamat.

    Persidangan dua hari di Paris itu bertujuan merumuskan garis panduan yang akan membantu badan kawal selia, kerajaan dan perniagaan mengendalikan kandungan yang menjejaskan demokrasi dan hak asasi manusia, sementara menyokong kebebasan bersuara dan mempromosi akses kepada maklumat yang tepat dan sahih.

    Dialog global harus menyediakan alat dan prinsip kebertanggungjawaban dan tanggungjawab untuk syarikat media sosial menyumbang kepada orang awam,” kata Azoulay dalam temu bual dengan The Associated Press. Beliau menambah, “Ia akan mengehadkan risiko yang kami lihat hari ini, yang kami hidup hari ini, teori konspirasi dan maklumat palsu tersebar lebih cepat daripada kebenaran.”

    Kesatuan Eropah pada tahun lalu meluluskan undang-undang yang mewajibkan syarikat teknologi besar seperti Google dan Meta untuk mengawal platform dengan lebih ketat agar melindungi pengguna Eropah daripada ucapan berbaur kebencian, maklumat palsu dan kandungan negatif. – AP

    Audrey Azoulay menyampaikan ucapan semasa persidangan mengenai garis panduan mengawal platform digital di Paris pada 22 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...