Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medvedev bakal berdepan Alex de Minaur di Shanghai Masters

    SHANGHAI, 9 OKT – Daniil Medvedev kelmarin menebus kekalahan lalu terhadap seorang remaja Amerika Syarikat, Learner Tien, apabila menewaskannya dalam pertarungan sengit 7-6 (8/6), 6-7 (1/7), 6-4 untuk mara ke suku akhir Shanghai Masters.

    Di sana, beliau akan berdepan dengan pemain nombor tujuh dunia, Alex de Minaur, yang sebelum itu menewaskan pemain Portugal, Nuno Borges, 7-5, 6-2.

    Kemenangannya di Shanghai Masters hadir lebih seminggu selepas pemain ranking ke-36 dunia itu menyingkirkan Medvedev daripada separuh akhir Terbuka China di Beijing.

    Medvedev terlebih dahulu memecahkan servis dalam permainan kesembilan, namun Tien segera membalas. Dua permainan terakhir set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling berbalas pukulan panjang yang mengujakan penonton.

    Kedua-duanya berdepan mata break tetapi berjaya bertahan, dengan Medvedev menamatkan set itu dengan pukulan smash ke atas lob tinggi Tien untuk membawa mereka ke tie-break yang mendebarkan.

    Medvedev sekali lagi memecahkan servis pada awal set kedua, tetapi Tien tidak gentar mematahkan servis lawan pada permainan kelima dan ketujuh, sebelum bekas pemain nombor satu dunia itu menyamakan kedudukan pada permainan ke-10.

    Tien mendahului 3-0 sementara pemain Rusia yang sepuluh tahun lebih tua daripadanya cuba meregangkan kakinya di gelanggang, kelihatan semakin berang apabila perlawanan dipaksa ke set penentuan.

    Namun, set ketiga yang penuh kesilapan, termasuk beberapa double fault daripada kedua-dua pemain telah berakhir apabila Medvedev memecahkan servis Tien dalam permainan kesembilan dengan pukulan backhand.

    Selepas Novak Djokovic, pemain Australia itu kini merupakan pemain ranking tertinggi yang masih kekal selepas beberapa penyingkiran besar berlaku. – AFP

    Daniil Medvedev meraikan kemenangannya dalam kejohanan tenis Shanghai Masters di Shanghai pada 8 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda