Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Medvedev hampiri ranking nombor satu dunia

MIAMI, 27 MAC – Daniil Medvedev memberi amaran awal bahawa dia akan menjadi antara pemain yang perlu diberi perhatian selepas menewaskan Andy Murray straight set di Terbuka Miami dan semakin hampir merampas semula ranking nombor satu dunia.

Pilihan utama dari Rusia itu beraksi cemerlang menundukkan juara Grand Slam tiga kali berusia 34 tahun 6-4, 6-2 di Stadium Hard Rock dan akan menentang lawan dari Sepanyol, Pedro Martinez di pusingan ketiga.

Medvedev terlepas ranking nombor satu selepas 18 hari, apabila gagal di Indian Wells namun boleh merampas semula dari Novak Djokovic jika dia mara ke separuh akhir di Florida.

Tanpa Djokovic dan Rafael Nadal yang tidak menyertai kejohanan itu, pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan dan kejayaan menewaskan Murray membuktikannya dia kini dalam prestasi terbaik.

“Pastinya lawan yang akan menentang awda mempunyai lebih motivasi menewaskan awda jika awda adalah pilihan utama,” kata Medvedev.

“Ia boleh menjadi kemenangan dan tekanan terbesar musim ini tetapi saya suka berada di situasi ini. – AFP

Aksi Daniil Medvedev mengembalikan bola kepada Andy Murray semasa kejohanan tenis Terbuka Miami di Miami Gardens pada 26 Mac 2022. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -