DOHA, 26 FEB – Daniil Medvedev menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray 6-4, 6-4 pada final Terbuka Qatar kelmarin untuk memenangi gelaran ATP kedua dalam seminggu.
Pemain berusia 27 tahun itu, yang menang di Rotterdam Ahad lalu, dengan yakin menamatkan aksi cemerlang lawannya yang berusia 35 tahun itu, di mana Murray bertarung dalam empat perlawanan tiga set dan mengatasi lapan mata penamat untuk mara ke final di Doha.
Medvedev mematahkan servis pertama Murray dalam setiap set apabila dia kekal tanpa kalah dalam tiga pertemuan antara kedua-duanya.
Gelaran ke-17 kerjayanya sepatutnya menyaksikan dia naik satu tempat ke tempat ketujuh dalam ranking baharu dunia.
Medevedev berkata kedua-dua pemain bergelut untuk mencari rentak mereka tetapi juga mengadu tentang bola perlawanan baharu yang digunakan dalam jelajah.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P23-A-web_27022023.jpg)
“Sejujurnya sekarang saya boleh katakan sekarang kerana kejohanan sudah berakhir, dan saya juga menang, saya fikir bola ini tidak bagus untuk gelanggang keras,” kata pemain Rusia itu.
Medvedev nampaknya memburu kemenangan pada set kedua sehingga dia melakukan servis pada kedudukan 3-2 dengan dua mata penamat.
Murray menyerang balas dan menghasilkan pukulan kilas yang amat baik untuk bangkit semula dalam persaingan pada kedudukan 3-3.
Pada 4-4, Murray mendahului 40-0 dalam usaha untuk mencipta satu lagi kejutan, tetapi pemain Scotland itu membenarkan Medvedev kembali ke dalam permainan yang menentukan kejuaraan.
“Daniil merupakan salah seorang pemain kegemaran saya untuk ditonton dan antara yang terbaik dalam jelajah itu,” kata Murray, yang mengakui dia telah melalui minggu yang menakjubkan. – AFP