NEW YORK, 3 SEPT – Daniil Medvedev mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan 6-2, 6-2, 7-6 (8/6) ke atas Sebastian Baez yang menamatkan rekod 12 kemenangan berturut-turut pemain Argentina itu.
Pilihan ketiga dan juara 2021, Medvedev melangkah ke minggu kedua di New York untuk tahun kelima berturut-turut dan akan menentang pilihan ke-13 dari Australia, Alex de Minaur untuk merebut slot suku akhir.
Medvedev mengesah kemenangan dengan servis cemerlang pada perlawanan keempatnya dalam tie-break ketika dia menamatkan perlawanan lepas jam 1 pagi untuk perlawanan kedua berturut-turut.
“Saya hanya mahu tidur, itu sahaja. Tiada apa-apa lagi,” kata Medvedev.
“Apabila awda pergi bermain pada pukul 11 malam, ia terasa sukar. Kali ini saya memutuskan untuk tidak tidur sebelumnya dan saya makan, jadi saya berasa agak kurang selesa di gelanggang. Itulah sebabnya saya gementar sepanjang perlawanan.”
Pemain nombor 32 dunia, Baez menyertai Terbuka AS dengan penuh keyakinan selepas merangkul kejuaraan di Kitzbuehel dan Winston-Salem, sekali gus mara ke pusingan ketiga Grand Slam buat kali pertama di sini. – AFP
