Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medvedev mara ke final ATP

    JERMAN, 22 JUN – Pemain tenis dari Rusia, Daniil Medvedev menewaskan pemain pilihan tuan rumah, Alexander Zverev, dalam tiga set untuk mara ke final pertamanya dalam tempoh 15 bulan di kejohanan ATP di Halle kelmarin.

    Pemain nombor 11 dunia itu menang 7-6 (7/3), 6-7 (1/7), 6-4 selepas perlawanan yang berlangsung kurang dari tiga jam.

    Hari ini, Medvedev akan bermain di final pertamanya dalam jelajah itu sejak Mac 2024, menentang pemain Kazakhstan, Alexander Bublik, yang bangkit menewaskan Karen Khachanov dari Rusia 4-6, 7-6 (7/5), 6-4.

    “Sudah lama saya tidak ke final. Saya gembira berada di sana, saya menewaskan pemain yang sangat bagus,” kata Medvedev di tepi gelanggang selepas perlawanan yang mengambil masa 90 minit.

    “Saya gembira dengan prestasi saya, saya bermain dengan hebat,” kata Medvedev.

    Zverev mengembalikan bola kepada Medvedev semasa kejohanan tenis ATP Terbuka Halle di Halle, Jerman pada 21 Jun. – AFP

    “Saya boleh melakukan lebih baik apabila saya mendapat servis pada set kedua tetapi ia adalah perkara biasa. Perkara yang sama berlaku pada set ketiga apabila saya mendapat servis, saya mula bermain lebih baik.

    “Saya gembira kerana pada set ketiga saya kekal lebih tenang dan sekali gus berjaya menyelamatkan pematah servis itu,” tambahnya.

    Ia adalah perlawanan ke-20 antara dua pemain generasi yang sama dengan Medvedev, 29, kini mendahului Zverev yang berusia 28 tahun.

    Pemain finalis di Stuttgart minggu lepas, Zverev berharap untuk mencatat prestasi lebih baik di gelanggang rumput Halle selepas menjadi finalis tetapi kalah pada kejohanan itu pada 2016 dan 2017.

    Bagaimanapun, bekas pemain nombor satu dunia, Medvedev, sekali lagi terbukti lawan yang sukar untuk pilihan kedua, sete-lah memenangi 12 daripada 14 perlawanan terakhir mereka, yang terakhir pada separuh akhir Terbuka Australia pada akhir Januari 2024. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda