Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medvedev mara ke pusingan keempat Terbuka Miami

    MIAMI, 29 MAC – Pemain pilihan utama, Daniil Medvedev mara ke pusingan keempat Terbuka Miami semalam, selepas berjaya mengalahkan pemain Australia, Alexei Popyrin 7-6 (7/3), 6-7 (7 / 9), 6-4.

    Pemain nombor dua dunia, Medvedev, berdepan kesukaran di set ketiga kerana persekitaran panas dan kelembapan di Florida Selatan, namun beliau berjaya mengatasinya dengan kemenangan dramatik ke atas pemain nombor 86 dunia, Popyrin di ATP Masters dan kejohanan WTA.

    “Ini mungkin satu kemenangan paling manis dalam karier saya, kerana saya mengalami kejutan di set ketiga,” kata Medvedev.

    “Sungguh menyakitkan,” kata Medvedev. “Beberapa saat semasa perlawanan, saya merasa kaki saya tidak mengikuti saya lagi. Satu-satunya perkara yang saya fikirkan adalah tidak jatuh kerana jika saya jatuh, saya rasa saya tidak akan dapat bangun.

    “Ada saat-saat di mana saya hanya ingin berbaring dan berkata, ‘OK, sudah berakhir,’ tetapi saya tidak dapat menerimanya.”

    Medvedev nampaknya memecut ke garisan penamat ketika dia mendahului 5-2 pada set kedua.

    Popyrin sebelum ini pernah memenangi gelaran ATP pertamanya di Singapura pada Februari.– AFP

     

    Aksi Daniil Medvedev, dari Rusia, ketika memukul bole kembali kepada Alexei Popyrin dari Australia, semasa kejohanan tenis Terbuka Miami, semalam di Miami Gardens. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda