Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Medvedev teruskan kejohanan tanpa Djokovic, Nadal

    MONTREAL, 9 OGOS – Pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev, berkata dia akan meneruskan cabaran seperti biasa dalam perlawanan Master Montreal ATP walaupun saingan utamanya tidak akan berlawan dalam acara kali ini.

    Medvedev tidak akan bersaing menentang Novak Djokovic, selepas pemain dari Serbia itu dilarang menyertai kejohanan kerana enggan mengambil suntikan vaksin COVID.

    Sementara itu, Rafael Nadal pula mengundurkan diri daripada perlawanan kali ini berikutan mengalami kecederaan semasa menjalani latihan yang diadakan di Spain.

    Roger Federer pula tidak ada dalam senarai pemain Master Montreal ATP untuk berentap kali ini kerana masih dalam proses pemulihan susulan pembedahan lutut baru-baru ini.

    Bagi Medvedev, kejohanan kali ini akan diadakan seperti biasa di gelanggang tenis.

    Aksi Daniil Medvedev ketika menentang Cameron Norrie dalam perlawanan terbuka Mexico ATP pada 6 Ogos. – AFP

    “Jika The Big Three menyertai kejohanan ini, mereka pasti menjadi pemain pilihan.

    “Mereka sudah memenangi hampir kesemua kejohanan yang mereka sertai. Tidak hairan jika mereka menjadi sebagai pemain pilihan utama” kata Medvedev.

    “Bagi saya, tidak banyak beza jika mereka berada dalam gelanggang tenis ini. Matlamat saya adalah untuk memenangi kejohanan kali ini. Tidak kira dengan siapa saya bermain, saya hanya mahu memenangi perlawanan.”

    Medvedev memperoleh gelaran musim pertama di Mexico selepas dia berjaya menewaskan Cameron Norrie dari Britain dengan keputusan 7-5, 6-0.

    Dia adalah pemain lelaki Rusia ketiga selepas Yevgeny Kafelnikov dan Marat Safin bergelar pemain nombor satu dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...