Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medvedev teruskan saingan di Masters Cincinnati

    CINCINNATI, 19 OGOS – Pemain ranking teratas dunia, Daniil Medvedev mara ke pusingan suku akhir kejohanan Masters Cincinnati ATP/WTA kelmarin sementara pemain nombor satu wanita, Iga Swiatek tewas mengejut di tangan pemain Amerika Syarikat (AS), Madison Keys.

    Medvedev mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Denis Shapovalov selepas menang dengan keputusan 7-5, 7-5 sementara pemain Poland, Swiatek tewas 6-3, 6-4 ke atas juara Cincinnati 2019, Keys, yang memerlukan lima mata perlawanan untuk mencipta kejutan.

    Shapovalov tewas dalam semua lapan perlawanan menentang pemain nombor satu dunia.

    Medvedev mara ke pusingan suku akhir menentang pemain pilihan ke-11, Taylor Fritz selepas pemain AS itu menundukkan pemain pilihan keenam, Andrey Rublev 6-7 (4/7, 6-2, 7-5.

    “Perlawanan hari ini adalah satu pertarungan, ia memang tidak mudah,” kata Medvedev, yang berjaya meraih kedudukan teratas Terbuka AS apabila Rafael Nadal tewas dalam pusingan kedua.

    Aksi Daniil Medvedev semasa membalas pukulan Denis Shapovalov semasa kejohanan Masters Cincinnati ATP/WTA. – AFP

    “Perlawanan sangat sengit, kami bermain pada tahap yang tertinggi. Matlamat saya adalah untuk kekal dalam setiap mata yang mungkin dan cuba memberi tekanan kepadanya sekiranya saya mempunyai peluang.”

    Medvedev meraih pukulan servis pada penghujung kedua-dua set ketika dia menundukkan lawannya.

    Medvedev dan Fritz tidak pernah bertemu semasa kejohanan.

    “Kami berlatih bersama pada permulaan musim sebelum Piala ATP,” kata Medvedev. “Dia berjaya memenangi Indian Wells, saya merupakan juara Masters. Saya perlu berada di tahap terbaik dan menewaskannya.”

    Sementara itu, pemain bukan pilihan, Keys teruja selepas menewaskan Swiatek, yang sebelum ini kalah dua kali menentang pemain Poland itu.

    “Saya tewas teruk kepadanya sebelum ini jadi saya sangat gembira meraih kemenangan hari ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda