Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen bercinta dengan Qasrina?

    Pelakon Meerqeen menafikan spekulasi kononnya beliau bercinta dengan Qasrina Karim, meskipun sering dipuji serasi digandingkan bersama dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan kerap merakamkan video berdua.

    Sebaliknya, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, memaklumkan hanya menghasilkan satu video TikTok bersama wanita terbabit sepanjang penggambaran drama berkenaan.

    “Saya tak tahu pun kami selalu buat video bersama? Setakat ini kami hanya ada satu video sahaja.

    “Saya tak nampak (video) dan benda itu tak tular pun.

    “Mungkin yang tular adalah sebahagian daripada babak dalam drama lakonan kami,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Home Of Drama.

    Meerqeen menafikan beliau dan Qarsrina merupakan pasangan bercinta. – Kosmo

    Menurut Kosmo, sebelum ini, Meerqeen dan Qasrina dilihat banyak menghabiskan masa bersama-sama kerana terikat dengan komitmen drama Thariq Ridzuwan: His Treasure.

    Disebabkan itu, wujud kelompok peminat yang mendoakan agar hubungan mereka ‘dihalalkan’ segera sebagai suami isteri.

    Berkongsi mengenai drama bersiri arahan Eyra Rahman itu, Meerqeen memainkan watak utama dalam karya adaptasi novel karya Huda Najwa terbabit iaitu sebagai Leftenan Thariq Ridzuwan.

    Thariq Ridzuwan: His Treasure merupakan sebuah drama romantik yang mengisahkan seorang anggota elit kembali menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa.

    Drama terbitan MIG Production itu bakal menemui penonton pada 23 Julai depan di saluran Astro Ria setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda