Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meerqeen dan Anna sekali lagi tersenarai 100 Selebriti Kacak dan Jelita 2023

    Pelakon Malaysia, Anna Jobling dan Meerqeen sekali lagi tersenarai sebagai 100 selebriti berwajah kacak dan jelita oleh TC Candler buat dua tahun berturut-turut.

    Memetik laporan mStar, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, menduduki kedudukan ke-66 dalam senarai Wanita Paling Jelita 2023 sekali gus menaiki 18 anak tangga berbanding tahun sebelumnya.

    Manakala Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, pula jatuh tujuh anak tangga dan berada pada kedudukan ke-62 bagi kategori lelaki.

    Bagaimanapun kedua-dua pelakon Melur Untuk Firdaus itu berjaya menewaskan kedudukan beberapa nama besar termasuk bekas pemain bola sepak David Beckham di tempat ke-68 dan Jin kumpulan BTS (67).

    Aktres itu pula mendahului nama besar aktres terkenal Hollywood termasuk Margot Robbie yang berada ditempat ke-90 dan Emma Watson (83).

    Sementara itu, Lelaki Paling Kacak 2023 disandang oleh Timothee Chalamet manakala bagi kategori wanita pula milik penyanyi dan pelakon Nancy Jewel McDonie.

    Kedua-dua pelakon itu juga menjadi satu-satunya artis Malaysia yang lolos dalam senarai tersebut dan diumumkan menerusi laman web rasmi TC Candler pada 28 Disember lalu.

    Untuk rekod, anggota kumpulan Dolla iaitu Tabbu menjadi wakil tunggal Malaysia dalam senarai itu pada 2021 manakala Mira Filzah dan Fattah Amin pula tersenarai pada 2020. – Agensi

    Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi tersenarai dalam TC Candler. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda